Hujan tanpa henti sejak malam sebelumnya agak menyukarkan keadaan namun syukur segala aktiviti korban berjalan lancar. Aku sempat cover 2 tempat di surau dan masjid. Walaupun hujan tapi best la sebab org ramai masih meneruskan ibadah korban. Semangat korban tu masih ada. Ada yang bersusah-payah nak ikat betul-betul lembu tu sebab lembu tu pandai elak...haha... Kat masjid ader 4 ekor kambing biri-biri dengan 2 ekor lembu manakala hanya 2 ekor lembu di surau. Daging yang dilapah ada yang diagihkan pada sebuah badan kebajikan untuk anak-anak yatim piatu. Anyway, Salam Aidiladha pada semua